pengalaman membeli tanah lot untuk membina rumah sendiri – part 2 – yuran guaman dan prosedur pembelian tanah lot

Setelah membuat pilihan tanah lot utk dibeli, bermulalah proses pencarian khidmat guaman. Ada berapa cara utk membuat bayaran ke atas pembelian tanah lot:-

1. pinjaman bank – setakat ni sy cuma tahu CIMB boleh buat loan tapi cuma 70%. kalau staf gomen, mungkin pilihan lebih byk tapi sy bukan staf gomen.
2. byr cash

Sy buat keputusan utk buat pembelian dgn cash sbb tak perlu byr yuran guaman apabila buat pinjaman bank. Cuma bayar yuran guaman utk S&P dan duti setem sahaja.

Kos pembelian tanah lot mengunakan cash:-

1. yuran guaman – RM2300 (dpt diskaun sikit)
2. duti setem – RM3800
3. kos2 lain utk peguam – RM1270

Pada mulanya, ingat nk uruskan hal pindahmilik sendiri tanpa guna peguam sbb bayo riban2 semata mata utk sediakan dokumen S&P jer. Kalau ada legal issue, tetap kena keluar duit lagi nnt. Bila tanya peguam knp harga mcm ni, sbb kalau letak harga rendah nnt akan ada masalah bila Majlis Peguam audit. Lohhhh, semua ni alasan nak main harga, dan bila buat mcm ni market akan jadi tak kompetitif. Aku keje IT takde pulak istilah harga minimum.

Ini prosedur pindahmilik tanah lot :-
1. Penjual menandatangani Perjanjian Jual Beli – 21 Okt
2. Penjual menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) & MOT – 5 Nov
3. Pembeli bayar deposit 10% ke akaun peguam penjual – 8 Nov
4. Peguam pembeli stamping SPA – 8 Nov
5. Peguam pembeli menghantar salinan SPA dan MOT kepada peguam penjual – 11 Nov
6. Peguam Penjual serahkan semula MOT yg telah disign dan dokumen2 CKHT ke Peguam Pembeli – 2 Jan
7. Pembeli submit CKHT 2A ke LHDN – tak perlu sebab penjual adalah Developer. Penjual perlu hantar Cukai Pendapatan
8. Penjual hantar undertaking ke pihak pembeli – 15 Jan
9. Pembeli buat bayaran 90% baki harga jualan ke Peguam Penjual – 16 Jan
10. Peguam Penjual release kan geran original kepada Peguam Pembeli – ?? Jan
11. JPPH proses untuk dapatkan nilai duti setem – 14 feb
12. Peguam Pembeli adjudicate MOT dan Pembeli jelas kan segala baki bayaran guaman dan stamp duty. – 17 Feb
13. Hantar permohonan pendaftaran pindahmilik geran (MOT) di pejabat tanah – 19 Feb
14. Permohonan MOT ditolak sebab perlu bagi certified true copy dokumen Power Of Attorney – 28 Feb
15. Hantar permohonan pendaftaran pindahmilik geran (MOT) di pejabat tanah kali ke-2 – 25 Mac (pej tanah lambat bagi dokumen Power of Attorney)
16. Dalam sistem bil cukai tanah dah ditukar ke nama pembeli – 27 Mac
17. Collection geran di pejabat tanah – 9 Apr
18. Penyerahan geran asal dan salinan SPA asal ke Pembeli untuk simpanan pembeli (closed file) – 28 Apr

aku mula byr deposit ke peguam pada 26 september dan bayaran terakhir ( baki yuran guaman dan duti setem ) pada 17 February, dari 21 Okt hingga 9 Apr, DEKAT 6 BULAN BARU SETEL?!?. padahal dlm s&p ada klausa yg menyatakan kena setel dlm masa 3 bulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *